PORTAL RASMI SMK SERI BINTANG SELATAN
Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform SMKSBS 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 27 July 2009 07:47






Pertandingan Kawad Kaki Badan Beruniform SMKSBS 2009 telah diadakan pada 22 Julai 2009 bertempat di Dewan Kompleks Seri Bintang. Antara objektif diadakan pertandingan tersebut adalah untuk meningkatkan disiplin dalam kalangan ahli badan beruniform di samping meningkatkan semangat bekerja sama di kalangan ahli badan beruniform.Pihak penganjur mewajibkan semua badan beruniform yang terdiri daripada 34 orang ahli setia badan beruniform.Pasukan Kadet Polis telah menjadi johan keseluruhan diikuti dengan pasukan Pengakap sebagai Naib Johan dan tempat ketiga ialah pasukan Puteri Islam. Ketua Platun terbaik pula dimenangi oleh Nur Sakinah Sarju daripada pasukan Kadet Polis. Manakala pasukan terbaik (kawad) dimenangi oleh pasukan Pengakap dan pasukan terbaik (pakaian) dimenangi oleh pasukan Puteri Islam.
Last Updated on Monday, 04 January 2010 09:05
 
NST Spell-It-Right Challenge 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 29 June 2009 12:45

SMK Seri Bintang Selatan telah berjaya memenagi hadiah tempat kedua dalam pertandingan RHB New Straits Time Spell-It-Right  bagi kategori State (Secondary) yang telah berlangsung di Berjaya Time Square Kuala Lumpur pada 28 Jun 2009.

Last Updated on Monday, 27 July 2009 22:20
 
Perjumpaan Ibu Bapa dan Guru 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 25 June 2009 10:20
 
Perjumpaan Ibu bapa dan gurubagi mendapatkan rekod Peperiksaan Pertengahan Tahun telah diadakan pada hari Jumaat 19 Jun 2009. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa yang hadir ke sekolah pada hari tersebut.
Last Updated on Sunday, 28 June 2009 08:21
 
Hari Koperasi Sekolah 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 25 June 2009 13:18


Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2009 bermula pada 23 - 25 Jun 2009.  Pelbagai aktiviti telah dijalankan antaranya pertandingan petanque, pertandingan futsal dan juga gerai jualan. Program Hari Koperasi ini bertemakan "Integrasi Koperasi Sekolah dan Koperasi".
Last Updated on Monday, 29 June 2009 14:47
 
Program Khemah Ibadah 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Thursday, 25 June 2009 10:12


Program Khemah Ibadah 2009 telah diadakan pada 19-20 Jun 2009 bertempat di Masjid al-Muqarrabin Bandar Tasik Selatan. Antara objektif diadakan program ini adalah untuk membina roh keimanan pelajar berasaskan ikrar shahadatain, membentuk sahsiah ke arah generasi pelajar dan remaja soleh yang cemerlang.
Last Updated on Sunday, 28 June 2009 08:22
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>

Page 6 of 7