PORTAL RASMI SMK SERI BINTANG SELATAN
Kursus Sembelihan 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 12 October 2009 09:18

kursus_sembelihan09

Kursus Sembelihan telah diadakan di SMK Seri Bintang Selatan dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 10 Oktober 2009. Program ini melibatkan pelajar-pelajar Islam yang berada di Tingkatan 5 dan juga guru-guru yang beragama Islam. Objektif diadakan program ini adalah untuk mengukuh kefahaman dan kemahiran dalam sembelihan disamping bagi menerapkan sikap menghormati binatang sebagai makhluk Allah s.w.t. Dalam program ini para pelajar dan juga guru-guru didedahkan dengan cara-cara penyembelihan yang betul mengikut Islam dan bagaimana untuk mengenal pasti haiwan yang disembelih sah atau tidak mengikut hukum Islam.

Sila Klik untuk Lihat Gambar

 

Last Updated on Monday, 04 January 2010 09:05
 
Majlis Solat Majlis Solat Hajat Sempena PMR dan SPM 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Friday, 09 October 2009 16:17

solat_hajat09

Majlis Solat Hajat SMK Seri Bintang Selatan bagi pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM telah diadakan pada 2 Oktober 2009 bertempat di Surau Kompleks Seri Bintang. Majlis ini merupakan salah satu program tahunan Panitia Pendidikan Agama Islam. Objektif diadakan majlis ini adalah bagi memberi semangat baru kepada para pelajar dengan mendoakan kejayaan yang cemerlang kepada mereka di samping memberi peluang kepada pelajar untuk memohon restu daripada ibu bapa dan guru-guru sebelum menduduki peperiksaan.

Last Updated on Monday, 12 October 2009 09:28
 
Majlis Bacaan Yassin Sempena Ulang Tahun Kemerdekaan PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Monday, 14 September 2009 07:32

bacaan_yasin09

Majlis Bacaan Yassin sempena ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke 52 telah diadakan pada hari Jumaat 11 September 2009 bertempat di Dataran Bestari SMK Seri Bintang Selatan anjuran Panitia Pendidikan Islam. Majlis bermula pada pukul 6.00 petang seterusnya diteruskan dengan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Maghrib berjemaah. Seterusnya majlis diteruskan dengan Bacaan Yassin serta solat Isyak yang dimamkan oleh Ustaz Mazlan B. Ismail. Seterusnya Majlis diteruskan dengan Solat Sunat Tarawikh dan moreh. Di antara objektif diadakan majlis ini adalah bagi memantapkan rasa kesyukuran atas nikmat kemerdekaan yang dikecapi sekarang di samping dapat mengeratkan silaturahim di kalangan warga SMK Seri Bintang Selatan.

 
Majlis Khatam Al-Quran SMK Seri Bintang Selatan 2009 PDF Print E-mail
Written by Administrator   
Tuesday, 29 September 2009 14:15
khatam_quran09
Majlis Khatam A-Quran telah diadakan pada 17 September 2009 bermula pada pukul 11.00 pagi sehingga 1.10 tengahari bertempat di Dataran  Bestari SMK Seri Bintang Selatan. Majlis ini telah dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam. Antara objektif diadakan majlis ini adalah untuk menerapkan ruh Halawatul Iman dalam menunaikan ibadat kepada Allah S.W.T di samping mengukuhkan kefahaman dan memantapkan penghayatan dalam membaca al-Quran. Tujuan diadakan majlis ini juga adalah untuk merapatkan hubungan silaturrahim di kalangan warga SMK Seri Bintang Selatan.
 
Program Immerison Kepengetuaan PDF Print E-mail
program_immersion09
Program Immersion Kepengetuaan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Majlis Pengetua Kanan WPKL fasa 1 bagi tahun 2009 bermula pada 8 September 2009 sehingga 16 September 2009 bertempat di SMK Seri Bintang Selatan. Melalui program ini dua orang pengetua iaitu Tn. Hj. Che Yahya Bin Tn. Hj. Che Jusoh daripada SMK Danau Kota dan juga Pn. Rosimawati Bt Saad daripada SMK Putri Jaya telah disandarkan di SMK Seri Bintang Selatan. Tujuan diadakan program ini adalah bagi membolehkan mereka melihat sistem pentadbiran sekolah yang di tadbir oleh pengetua cemerlang bagi meningkatkan kopetensi kepengetuaan pengetua-pengetua tersebut.
 
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>

Page 5 of 7