|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 06 February 2010 12:24 |
|
Program gotong royong peringkat sekolah telah diadakan pada 8 Januari 2010 melibatkan semua kelas, bilik-bilik khas dan juga papan-papan kenyataan kurikulum dan kokurikulum. Program bermula pada pukul 11.50 pagi sehingga jam 2.30 tengahari. Hasil daripada program tersebut dapat dilihat banyak perubahan telah dilakukan oleh pelajar-pelajar pada papan-papan kenyataan dan juga keceriaan kelas telah dipertingkatkan. Syabas kepada pelajar-pelajar SMKSBS kerana terlibat dalam menjayakan program gotong-royong tersebut. |
|
|
Sambutan Maal Hijrah 1431H SMKSBS |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Saturday, 06 February 2010 11:36 |
|
Majlis Sambutan Maal Hijrah 1431H peringkat sekolah telah diadakan pada hari Jumaat 8 Februari 2010 bermula pada pukul 7.30 pagi sehingga 9.15 pagi. Program yang dimulai dengan majlis bacaan Yassin seterusnya disambung dengan Ceramah sempena Maal Hijrah telah disampaikan oleh Ustaz Zamri bin Abu Hassan. Antara tujuan diadakan program sebegini ialah untuk memupuk semangat cintakan Rasulullah disamping membantu pelajar Islam dapat melakukan perubahan ke arah yang lebih baik. |
|
Last Updated on Saturday, 06 February 2010 12:47 |
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 06 November 2009 15:28 |
|
 Majlis Graduasi 2009 telah diadakan pada 30 Oktober 2009 bertempat di Dewan Pulau Pinang, Hotel Seri Cempaka Kuala Lumpur. Matlamat diadakan majlis ini adalah sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan pihak sekolah terhadap sumbangan para pelajar tingkatan lima sepanjang menjadi warga SMK Seri Bintang Selatan, di samping untuk memberi motivasi dan dorongan kepada para pelajar agar terus berusaha mencapai kejayaan dalam peperiksaan SPM. |
|
Last Updated on Tuesday, 05 January 2010 17:04 |
|
|
Selamat Hari Lahir Puan Pengetua |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 06 November 2009 16:06 |
|

Hari Lahir peneraju utama SMK Seri Bintang Selatan, Pn Roaini Bt Jaafar diraikan oleh guru-guru sebaik sahaja beliau selesai mempengerusikan Mesyuarat Guru kali ke-4/2009. Sambutan secara sederhana ini dilakukan tanpa pengetahuan beliau. Pihak warga SMK Seri Bintang Selatan mengucapkan Selamat Hari Lahir semoga Puan Roaini sihat sejahtera dan diberi kekuatan untuk membimbing warga SMKSBS memacu kecemerlangan selaras dengan visi dan misi sekolah |
|
Last Updated on Monday, 18 January 2010 10:08 |
|
Lawatan Kerja Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 06 November 2009 15:12 |
|
27 Oktober 2009 SMK Seri Bintang Selatan telah dikunjungi oleh Y.Bhg. Tan Sri Datuk Seri Panglima Dr. Abdul Rahman Arshad, Pengerusi Panel Penasihat Sekolah Kluster Kecemerlangan. Ketibaan Tan Sri disambut di pintu pagar sekolah tepat jam 11.20 pagi. Rombongan yang disertai oleh pegawai-pegawai daripada KPM, JPWP dan PPD seterusnya dibawa ke auditorium untuk sesi fotografi dan seterusnya dibawa ke gelanggang sukan untuk menyaksikan persembahan daripada Cheerleading dan juga latihan oleh pasukan bola jaring sekolah. Seterusnya rombongan di bawa ke bilik V Star Maths untuk melihat niche area kurikulum. Seterusnya rombongan dibawa ke bilik mesyuarat untuk sesi taklumat daripada Puan Pengetua diikuti dengan ucapan daripada Y.Bhg. Tan Sri hasil daripada pemantauan beliau sepanjang lawatan kerja ini. |
|
Last Updated on Tuesday, 05 January 2010 17:06 |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>
|
|
Page 4 of 7 |