|
Program Khemah Ibadah 2010 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Friday, 02 July 2010 08:53 |
|
Program Khemah Ibadah 2010 peringkat SMK Seri Bintang Selatan telah diadakan pada 25-26 Jun 2010 bertempat di Surau Kompleks Seri Bintang. Program ini merupakan program tahunan anjuran Panitia Pendidikan Islam dan Unit Bimbingan dan Kaunseling. Matlamat utama dibuat program ini adalah bagi melahirkan pelajar Islam yang bermotivasi, beriman dan mempunyai ketahanan diri dan sosial bagi menghadapi cabaran duniawi dan ukhrawi serta mampu menjadi mujahid Islam yang akan menegakkan agama Allah. Antara objektif diadakan program ini:
i. Membina roh keimanan pelajar berasaskan kefahaman ikrar syahadatain.
ii. Membentuk sahsiah ke arah generasi pelajar dan remaja soleh yang cemerlang di dunia dan di akhirat.
iii. Menyemai dan mewujudkan sifat-sifat budaya terpuji di antara pelajar dan guru, pelajar dengan ibu bapa, rakan sebaya dan masyarakat.
iv. Membolehkan pelajar Islam mahasabah diri untuk membina kekuatan diri. |
|
Last Updated on Friday, 02 July 2010 09:52 |
|
|
Sekitar Keputusan SPM 2009 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 25 March 2010 09:41 |
 Majlis Penyerahan Sijil SPM sesi 2009 oleh Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan iaitu Tn. Hj. Mohd Adenan Bin Deraman kepada pelajar-pelajar yang menduduki Peperiksaan SPM sesi 2009 telah dijayakan bertempat di Dataran Bestari SMK Seri Bintang Selatan. Seramai 30 orang pelajar SMKSBS telah mendapat semua A dalam matapelajaran yang diambil manakala 5 orang pelajar telah mendapat semua A+. Tahniah diucapkan kepada semua.
|
|
Last Updated on Saturday, 01 May 2010 02:01 |
|
Kejohanan Trek dan Padang Kali ke 7 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Tuesday, 23 March 2010 14:14 |
|
Kejohanan Trek dan Padang kali ke 7 telah diadakan pada 6 Mac 2010 bertempat di Padang Kompleks Seri Bintang. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Jaguh Badminton Negara iaitu Hj. Muhammad Roslin Bin Hashim.
|
|
Last Updated on Thursday, 08 July 2010 11:28 |
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 20 May 2010 14:55 |
|

Ibadat haji merupakan salah satu daripada rukun islam yang ke-5.Di peringkat sekolah kursus ini diadakan setiap tahun bermula tahun 2004 hingga kini.Pada tahun ini pihak sekolah telah meluaskan penyertaan program ini dengan melibatkan pelajar-pelajar tingkatan 4 dari sekolah-sekolah angkat YPC dan sebuah sekolah setiap zon.Program ini ternyata berjaya menerapkan ruh Hilawatul Iman ( kemanisan iman ) dalam menunaikan ibadat kepada ALLAH,merapatkan hubungan silaturrahim antara pelajar dengan masyarakat luar.Komitmen yang jitu daripada Pegawai Lembaga Tabung Haji Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah menjadi pemangkin kejayaan sekolah dalam program ini.Pihak sekolah jugak telah mendapat bantuan dan sumbangan dari Yayasan Pelajaran Cheras (YPC) dan Majlis Agama Islam Kuala Lumpur.
Tarikh : 06 Mei 2010 ( Khamis )
Tempat : Auditorium Kompleks Seri Bintang |
|
Last Updated on Friday, 21 May 2010 12:21 |
|
Kem Kecemerlangan Matematik 2010 |
|
|
|
|
Written by Administrator
|
|
Thursday, 20 May 2010 14:43 |
|
Projek panitia matematik di bawah peruntukan kluster matematik bertujuan memberi pendedahan dan menyiapkan pelajar untuk menghadapi alam kerjaya pada masa hadapan.Selain itu program dua hari yang disasarkan kepada murid tingkatan 1 dan 2 ini juga bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran matematik dan menggalakkan pemikiran kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar.
Tarikh : 22-23 Mac 2010 Murid Tingkatan 2
24-25 Mac 2010 Murid Tingkatan 1
Penceramah : Ardentedu Konsultan
|
|
Last Updated on Thursday, 20 May 2010 14:58 |
|
|
|
|
<< Start < Prev 1 2 3 4 5 6 7 Next > End >>
|
|
Page 1 of 7 |