| Majlis Persaraan Ketua Bidang Bahasa |
|
|
|
| Written by Administrator |
| Saturday, 06 February 2010 12:34 |
|
Majlis Persaraan Ketua Bidang Bahasa iaitu Puan Ramlah Bt. Abdul Samad telah diadakan pada 5 Februari 2010 bertempat di Dataran Bestari SMK Seri Bintang Selatan. Program itu yang bermula pada pukul 8.30 pagi dengan ketibaan para jemputan yang terdiri daripada Mantan Pengetua SMK Seri Bintang Selatan iaitu Pn Khadisah Bt Awang dan juga Pn Mishah Bt Hussain disamping Mantan Penolong Kanan Akademik dan Tadbiran iaitu En Maslan Bin Buniran. Begitu juga dengan guru-guru yang telah berpindah juga turut hadir bagi memeriahkan majlis. Majlis dimulakan dengan perarakan masuk yang diraikan, ucapan-ucapan wakil guru, YDP PIBG, Pn Pengetua dan wakil pelajar dan diteruskan dengan tayangan multimedia. Majlis seterusnya diteruskan dengan persembahan oleh pelajar dan guru-guru. Majlis diakhiri dengan program bersalaman dan "sent off'". |
| Last Updated on Tuesday, 23 March 2010 14:26 |






